Friday, August 7, 2009

Seorang ibu bukan sebarangan ibu

"Seorang ibu bukan sebarangan ibu".Begitulah tajuk buku yang kubaca pada hari itu.Hati begitu teruja dengan isi kandungan buku tersebut...menitis air mata tanpa dapat ditahan semasa membaca.Dalam masa yang sekejap kuhabiskan pembacaan tanpa dapat kutangguh untuk mengetahui kesudahan cerita.Ketika itu aku dalam tempoh menjadi tunang kepada jejaka yang kini bergelar suamiku.Kami hanya bertunang sebulan sebelum dilangsungkan pernikahan lantaran mengambil syarat dan adat ketika itu yang mewajibkan kami bertunang sebelum bernikah.Persiapan diri ke arah isteri dan ibu mithali berjalan lancar dan agak intensif.
Kekuatan demi kekuatan kupohin daripada Allah agar apa saja yang baik bagiku akan terlaksana dengan izin Allah.Alangkah bahagianya menjadi ibu kepada anak-anak yang mengabdikan diri mereka secara total kepada Allah.Menjadi ibu yang merasa bangga dan bahagia melahirkan anak-anak yang mati di medan jihad fi sabiliLlah. Untuk mencapai ini, diriku dulu perlu ke arah itu...aduh..beratnya kerja yang perlu dibereskan...Sejak dari dalam kandungan, aku perlu belai kandunganku dengan berbagai bahan yang dapat mengasyikkan diri mereka kepada Allah. Masa mengandung bukan masa untuk berehat dan bersenang-lenang malah masa untuk bermujahadah dan bertungkus lumus mempersiapkan kekuatan diri anak yang bakal dilahirkan.Ibu adalah guru pertama kepada anak-anak.Ilmu perlu dibekalkan secukupnya, kemahiran perlu dilengkapi sepenuhnya, emosi perlu dikawal dan dididik, jasmani perlu dijaga agar sentiasa sihat.Do'a demi do'a ditujukan kepada Allah agar perencanaan dikabulkanNya.
Berbekalkan do'a siang dan malam serta ilmu melahirkan anak yang kuperolehi dari filem 'First Day Of Life" yang kutonton berkali-kali semasa mengandung, alhamdulillah anak-anak dilahirkan selamat dan dalam keadaan yang sempurna rupabentuknya.Apakah seorang ibu dapat memastikan anak-anaknya akan terus menjadi anak-anak yang dikasihi Allah sepertimana mereka di alam bayi dan kanak-kanak? Segala-galanya bergantung kepada iradat Allah .Amat sukar sebenarnya untuk mengulas hal ini hasil pengalaman yang kulalui membesarkan dan mendidik tujuh orang anak. Lemah mengandung, sakit bersalin,berjaga malam, kurang tidur, tekanan darah rendah, sakit pinggang, sakit belakang, tiada selera makan dan stres telah kualami dalam menjalankan tugas ini...namun untuk mengalah,tidak sama sekali. Mustahil dan tidak mungkin kubiarkan harta yang berharga dalam hidupku ini hancur di pertengahan jalan. Akan terus kupimpin hingga rebah diri ini menyahut panggilan Ilahi.Ketahuilah anak-anakku bahawa hingga ke saat ini, tugas mendidik terus menjadi isu utama dalam fikiran dan jiwa ummi..Inilah tugas ibu yang tidak dapat diambilalih oleh sesiapa pun...untuk menjadi ibu sejati bukanlah mudah...tetapi untuk menjadi ibu yang hanya melahirkan anak tidaklah seberat itu...Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam golongan ibu-ibu yang Engkau iktirafkan sebagai ibu mithali.Amin.

1 comment:

  1. Ketahuilah anak-anakku bahawa hingga ke saat ini, tugas mendidik terus menjadi isu utama dalam fikiran dan jiwa ummi..

    Insya-Allah, dgn kudrat serta smngat yg ada sejak dari kalimah Allah serta "First Day Of Life" dibisikkan, aLong akn cuba sedaya-upaya meringnkn beban yg mna aLong tahu ianya tidak setanding dgn mna2 anugerah dan ganjaran d dunia..Hanya Allah yg berhak atas segalanya~

    ReplyDelete