Hari ini, 20 Ogos 2009 diadakan ceramah penghayatan Ramadhan di dewan sekolahku. Ceramah disampaikan oleh seorang ustaz yang cukup berpengalaman,Ramadhan yang insyaAllah akan disambut pada 22 Ogos ini diharapkan akan lebih bererti dengan persediaan & persiapan diri yang lebih awal.
Bergetar jiwaku & menitis air mata apabila ustaz membacakan ayat2 al-Quran dengan merdu & syahdu.Pengalaman menunaikan fardhu haji pada 2007 yang lalu membuatkan diriku terkedu apabila dicerikan pengalaman ustaz menunaikan umrah. Kekuatan,kesatuan umat Islam semasa solat berjamaah di masjidil Haram menghadap Baitullah begitu mengasyikkan dan mencetuskan kerinduanku untuk kemabali ke tanah suci Mekah.
Manusia naik nilainya apabila berilmu, beriman dan bertaqwa kepada ALLah dan sebaliknya nilai manusia jatuh merudum apabila menjauhkan dirinya daripada Allah.Ustaz memberi contoh naiknya nilai ayam sehingga mencecah Rm15 seekor apabila dijaga oleh ibunya dengan baik dari peringkat telur ayam yang hanya lebih kurang 20-30 sen sebiji.Begitu juga manusia yang berasal dari air mani yang hina boleh meningkat nilainya apabila dijaga dengan baik dan dilahirkan oleh ibunya dengan segala kepayahan, kemudian menjadi hamba yang tunduk patuh kepada Allah.
Akhir kalam, ustaz menegaskan agar memperbaiki diri pada Ramadhan kali ini dan mempersiapkan diri menjadi hamba yang bersyukur dengan segala nikmat Allah yang begitu banyak.Amal2 yang buruk diganti dengan amal2 solih semoga semuanya dijauhi dari bala yang diturunkan Allah seperti wabak HINI yang sedang berlaku kini.
No comments:
Post a Comment