Tuesday, February 1, 2011

Bagaimana manusia dengan masanya?

Cukup masa..solat..Kejap solat wajib,kejap solat sunat...Ada hari, puasa sunat,kurang2 2 hari seminggu/ sekali seminggu...Hari-hari baca/tilawah al-Quran.Masa lapang sikit, hafaz ayat-ayat al-Quran dan meneliti makna ayat2Nya...Hatta antara waktu tidur malam pun ada masa dituntut bangun berqiamullail. Di siang hari,antara masa-masa itu...bekerja mencari rezeki dan melaksanakan amal-amal yang dituntut Allah..Bertebar di muka bumi kata Allah...Jika diteliti,mana ada masa banyak untuk kerja2 yang tidak berfaedah/membuang masa..Kerana itulah difirmankan Allah, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu". Hal-hal ini yang akan ditanya nanti...ke mana masa kita dihabiskan?
Berlandaskan hal ini,. mengapa masih ada yang merungut bosan tak ada kerja atau yang rasa banyak masa rehat sampai tak larat rehat/duduk saja...ih,ih,ih..kalau macam tu jadinya,pasti banyak yang dituntut Allah tidak dilaksanakan...maka berlaku penggunaan masa itu untuk kerja2 lain yang kurang faedahnya...Allah faham sangat manusia ni...kalau dibiarkan tanpa tugas penting..pasti rosak dengan kerja2 yang entah apa2...sibuk dan menyibuk...Jadi, cukuplah dengan apa yang dilakukan..kembalilah kepada asal tujuan ciptaan manusia...masa dah suntuk dan terhad sangat...Takut akan pertemuan yang bakal menjelang...risau bekalan dibawa tidak cukup untuk sampai ke destinasi...atau bekal yang dibawa hanya meruupakan barang-barang' jumbo sale' /lelong...makanan/juadah yang hampir basi, susu yang dah masam atau buah yang dah rosak atau roti yang dah expired....Marilah sama2 kita menyemak semula bekalan dan membaharui mana yang perlu....

1 comment:

  1. btul, btul, btul..
    hari2 kna renew amalan sndiri..hanya Allah yg tahu tahap amalan kita dh smpai mna..mmg kna perbanyakkan amalan sunat utk menampung amalan wajib..Moga trus diberi kekuatan bersama...

    ReplyDelete