Siapalah diri ini selain hanya seorang pengembara yang masih dalam perjalanan menuju destinasinya. Selepas satu stesen persinggahan di SMK Sri Muda sebagai PK HEM, kini perjalanan diteruskan dan berhenti penat pula di JPNPP sebagai KPP Sains.Bagi diri ini, semuanya adalah rencana dan agenda Allah yang perlu kuturuti dan laksanakan dengan patuh.Keyakinan ini membuatkan diriku hadapi hari-hari di tempat kerja baru dengan penuh tekad segala2nya akan terus berjalan dengan baik.
Letih, memang meletihkan kerana nak membiasakan diri dengan waktu kerja pejabat 8.00 pagi hingga 5 petang, merentas jambatan Pulau Pinang setiap pagi dan petang serta bergegas pandu kereta di tengah2 kesesakan trafik. Penyerahan diri dan tawakkal kepada Allah begitu tinggi dan diri ini hanya mampu berdo'a agar sentiasa dilindungiNya.
Setelah lama di dunia mengajar anak murid yang sudah ribuan orang berjaya dididik dan dibimbing dengan penuh tabah tanpa rasa jemu...mungkinkah ini masanya untuk bersama menjengah sistem pendidikan yang ada...mudah2an beradanya diri ini di sini, sedikit sebanyak dapat menambahbaik pelaksanaan dasar-dasar yang dicetuskan.Kekuatan jua dipohon dariMu ya Rabb semoga sempat kulaksanakan apa yang baik yang Engkau kehendaki.Siapalah diri ini tanpa rahmat dan pertolonganMu...
No comments:
Post a Comment