Wednesday, August 25, 2010

Pemergian ibu buat selamanya..

Salam semua...dido'akan semua sihat sejahtera dalam peliharaan Allah.Rasanya lama jugak tak mencoret kisah di laman ini atas kesibukan yang tidak pernah reda dan tanggungjawab yang kian bertambah..
4 Ogos 2010 bersamaan 23 Sya'aban 1431 Hijrah merupakan satu lagi tarikh keramat dalam hidup diri ini.Ibu tersayang (Azizah Shaari) telah kembali ke rahmatullah selepas menderita kanser kolon selama kira-kira 6 bulan selepas operation dijalankan.Walaupun semua yang melihat keadaan sakit ibu menjangkakan pemergian ibu dan diri ini juga redha dengan pemergian ibu, tapi hati ini kadang2 terasa kesunyian yang teramat tanpa ibu di sisi lagi...Semasa hayat ibu,sekurang2nya ada juga tempat mencurah rasa, meminta pandangan, bermanja & menagih kasih sayang....kini segalanya dalam kenangan.Sedih sangat melihat ayah, adik Husaini,Hashimi dan Mahadzir yang terpaksa berdikari dalam segala hal tanpa ibu..Ya, tentunya tidak sama seperti ibu masih ada.Kenyataan yang harus diterima walaupun berat bagi diri2 yang merasa..
Di akhir2 hayat ibu, tak banyak bicara ibu...banyak merenung hari yang bakal dilaluinya dengan pandangan yang redup dan sedih.Hari2 akhir ibu habiskan di wad paliatif kerana itu lebih selesa buat ibu tika itu...Jika diingat wajah dan keadaan diri ibu di hari2 akhirnya...sungguh menyedihkan dan memilukan...Kutabahkan hati kerana sebagai anak sulung yang pernah dibebani dengan pelbagai ujian dan cabaran sejak kematian baba 36 tahun yang lalu telah mematangkan diri ini menghadapi kematian ibu.Semoga ini jalan terbaik buat ibu & meredakan ibu dari penderitaan sakitnya..Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas roh ibuku & masukkannya dalam golongan orang2 yang Kau redhai...Moga redha & jannahMu sebagai balasan buat ibu...