Sunday, November 14, 2010

Sampai Bila?

Dalam usia 50 tahun terasa keringat & tenaga terhad...kerja & tanggungjawab masih bertimbun...bagaimana untuk merangsang diri?
Suatu hari bila diceritakan sirah Nabi Muhammad s.a.w bahawa baginda menerima wahyu pada usia 40 tahun & baginda mengetuai beberapa peperangan pada usia lima puluhan dan bersama dalam Perang Tabuk pada usia 63 tahun...subhanallah yang mengurniakan kekuatan yang menakjubkan.
Menghayati hal ini, menimbulkan kesedaran & kekuatan untuk terus berkhidmat & bekerja.Menyerah segalanya kepada Allah & mengharap sepenuhnya kepadaNya akan melahirkan kekuatan yang tak mampu difikir oleh akal.Rasulullah s.a.w hingga akhir hayat baginda, tidak pernah pencen dalam kerja2nya,tiada cuti rehat,tiada cuti sakit apalagi sengaja malas2 atau bersenang2 di rumah.
Begitulah contoh yang ditunjukkan...Bila lemah,kembalilah melihat kisah-kisah di dalam sirah yang begitu banyak yang kita kadang2 terlepas pandang.Bagindalah contoh kita...ArRasul qudwatuna...Usia emas untuk menghasilkan kerja2 bernilai emas....

Penggunaan kata 'WAJIB'

Sebagai seorang guru di sebuah sekolah luar bandar yang 100% pelajarnya Melayu sudah tentu punya cabarannya tersendiri. Malas,ponteng kelas dan ponteng sekolah menjadi mainan harian.Bagaimana harus ku betulkan keadaan ini? Guru adalah seorang muaddib yang tidak boleh berhenti menitip adab dalam diri pelajar2nya.
Subhanallah dan alhamdulillah apabila seorang ustazah menggunakan istilah wajib yang ada kelainanya dari biasa..Dari sini kudapat ilham untuk mencuba kepada pelajar2ku yg segelintirnya makin malas walaupun SPM dh tak lama lagi.
"Belajar & menuntut ilmu adalah wajib.Oleh itu datang ke sekolah wajib.Berada dalam kelas & tak ponteng kelas adalah wajib.Buat kerja sekolah wajib. Apa maksud wajib? Maksudnya kalau dibuat dapat pahala tapi kalau tak buat dapat dosa.." Bila hal ini diulang berkali-kali, didapati ada kesannya terhadap sikap pelajar2 ini. Akhir2 ini ramai datang ke sekolah, berada di kelas & bersungguh2 mengulangkaji & menjawab soalan2 yang diberi. Suatu perubahan yang baik.Ku tak perlu lagi bersusah payah di dalam kelas & pembelajaran berjalan lancar...Guru & pelajar senang hati .Kepuasan dicapai bersama.Alhamdulillah atas ilham & pertolongan yang tidak putus2 dariMu.