Tahun ini 2010 sekali lagi ke luar negara iaitu Mesir.Pilihan tepat dari Allah SWT setelah pilihan sendiri untuk ke US tidak tercapai lantaran Visa yang tak kunjung2 tiba hingga hari ini.Pilihan ke Mesir dibuat setelah tarikh penerbangan sepatutnya ke US berlalu...
Alhamdulillah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik untuk hambaNya.Banyak iktibar & pengalaman diperolehi di bumi anbiya' ini.Ziarah yang begitu bermakna krn dpt bertemu dgn ramai students yang sedang berjuang mengejar ilmu, berkenalan dengan berbagai jenis orang menyahut seruan Allah untuk saling berkenalan (Li ta'arafu).
14 hari di sana penuh dgn aktiviti yang telah dirancang & memperlihatkn kelainan budaya yang ada baik & buruknya jika dibanding dengan budaya kita yang juga punya baik & buruknya...Walau bagaimanapun' hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri', elok lagi negeri sendiri...Rasanya semua orang rasa mcm ni & rasanya tk keterlaluan apa yang dirasa.
Kesibukan di Kaherah, keindahan di Iskandariah,kekukuhan piramid,ketenangan Sungai Nil,kemeriahan Masjid Al-Azhar dengan kelas ilmu yang berbagai, keenakan rasa 'syai' (teh) yang sentiasa menyegarkan dan kekenyangan makan roti arab dan kesempatan merasai kesejukan angin dan ribut pasir akan tetap menjadi kenangan yang sukar dilupakan dan akan terus dirindui....'Jauh perjalanan, luas pengalaman'.Subhanallah.
ya Ummi..
ReplyDeletep kat mana pun, baek lg d negeri sndiri. tp pabila merantau, byk pengalaman. Dok tngu gak Abah atau Ummi share dgn anak2 pla..Teruja bila tngok Abah present kt sahabat mlm tu..Insya-Allah,,moga ada rezeki utk mengembara..
So abahnya...bila nk present kat anak2 pulak?Umi bantu2 aje...
ReplyDelete