Sunday, November 14, 2010

Sampai Bila?

Dalam usia 50 tahun terasa keringat & tenaga terhad...kerja & tanggungjawab masih bertimbun...bagaimana untuk merangsang diri?
Suatu hari bila diceritakan sirah Nabi Muhammad s.a.w bahawa baginda menerima wahyu pada usia 40 tahun & baginda mengetuai beberapa peperangan pada usia lima puluhan dan bersama dalam Perang Tabuk pada usia 63 tahun...subhanallah yang mengurniakan kekuatan yang menakjubkan.
Menghayati hal ini, menimbulkan kesedaran & kekuatan untuk terus berkhidmat & bekerja.Menyerah segalanya kepada Allah & mengharap sepenuhnya kepadaNya akan melahirkan kekuatan yang tak mampu difikir oleh akal.Rasulullah s.a.w hingga akhir hayat baginda, tidak pernah pencen dalam kerja2nya,tiada cuti rehat,tiada cuti sakit apalagi sengaja malas2 atau bersenang2 di rumah.
Begitulah contoh yang ditunjukkan...Bila lemah,kembalilah melihat kisah-kisah di dalam sirah yang begitu banyak yang kita kadang2 terlepas pandang.Bagindalah contoh kita...ArRasul qudwatuna...Usia emas untuk menghasilkan kerja2 bernilai emas....

1 comment:

  1. Sejarah tauladan para sahabat memang contoh terbaik dalam mengharungi lorong yg berliku pd masa skrg..Moga bersma dikuatkn dalam pengembaraan yg akan tamat pd bila2 masa..

    ReplyDelete