Tuesday, February 1, 2011

Bagaimana manusia dengan masanya?

Cukup masa..solat..Kejap solat wajib,kejap solat sunat...Ada hari, puasa sunat,kurang2 2 hari seminggu/ sekali seminggu...Hari-hari baca/tilawah al-Quran.Masa lapang sikit, hafaz ayat-ayat al-Quran dan meneliti makna ayat2Nya...Hatta antara waktu tidur malam pun ada masa dituntut bangun berqiamullail. Di siang hari,antara masa-masa itu...bekerja mencari rezeki dan melaksanakan amal-amal yang dituntut Allah..Bertebar di muka bumi kata Allah...Jika diteliti,mana ada masa banyak untuk kerja2 yang tidak berfaedah/membuang masa..Kerana itulah difirmankan Allah, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu". Hal-hal ini yang akan ditanya nanti...ke mana masa kita dihabiskan?
Berlandaskan hal ini,. mengapa masih ada yang merungut bosan tak ada kerja atau yang rasa banyak masa rehat sampai tak larat rehat/duduk saja...ih,ih,ih..kalau macam tu jadinya,pasti banyak yang dituntut Allah tidak dilaksanakan...maka berlaku penggunaan masa itu untuk kerja2 lain yang kurang faedahnya...Allah faham sangat manusia ni...kalau dibiarkan tanpa tugas penting..pasti rosak dengan kerja2 yang entah apa2...sibuk dan menyibuk...Jadi, cukuplah dengan apa yang dilakukan..kembalilah kepada asal tujuan ciptaan manusia...masa dah suntuk dan terhad sangat...Takut akan pertemuan yang bakal menjelang...risau bekalan dibawa tidak cukup untuk sampai ke destinasi...atau bekal yang dibawa hanya meruupakan barang-barang' jumbo sale' /lelong...makanan/juadah yang hampir basi, susu yang dah masam atau buah yang dah rosak atau roti yang dah expired....Marilah sama2 kita menyemak semula bekalan dan membaharui mana yang perlu....

Hak dan tanggungjawab

Kenapa orang lebih kerap membesarkan hak2nya daripada suka membincangkan tangggungjawabnya apalagi bila dkritik kurang bertanggungjawab, pasti melenting habis...huh..manusia memang tamak...ya,tamak mengaut sebanyak mungkin haknya tanpa rasa malu tentang tanggungjawab yang tak seberapa...Sefahamku..hak dituntut setimpal dengaan tanggungjawab yang dilaksanakan...sedikit tanggungjawab, maka sedikit jugalah haknya...bukan sebaliknya...
Jika diteliti...Allah memberi sebanyak mungkin kepada hamba2Nya walaupun terlalu sedikit hakNya yang dikembalikan kepada Allah..Berbezanya Kholiq dan hamba...Manusia sanggup beergaduh dan bertekak apabila haknya dicabar atau terkurang..mengungkit2 hak yang tidak diperolehinya tapi...apa nak dikisahkan orang begini...entah Allah pun tak menjeling kepadanya..Nak hak dikembalikan,tunaikan tanggungjawab yang terbengkalai..tak payah bising2...buat saja...Malas fikir panjang2...nampak sangat ilmu yang ada tak mampu mencetuskan banyak amal yang dikehendaki...jadi, tak perlu ilmu ke?Bukann begitu....tetapi perlu lebih mengkaji dan mendalami ilmu agar dapat mencetuskan amal yang lebih baik....baru hubungan lebih harmoni? Mungkin...dan itulah yang dido'akan selalu...