Wednesday, January 21, 2009

Ibu oh ibu!

"Syurga di bawah tapak kaki ibu,oleh itu hormatilah ibu kamu & jangan sekali2 menderhaka kepadanya",pesan seorang ustazah masa diri ini masih remaja.Walaupun cuba dihayati pesanan ini bila bersama mak , kehendak2 jiwa remaja yang berbeza dengan kehendak mak pasti mencetuskan pertentangan & ketidaksetujuan antara dua beranak ini. Jiwa ini sukar untuk menyelami rahsia di sebalik kehendak mak..hinggalah tiba masanya diri ini menjadi seorang ibu...Lahir sahaja anak pertama,diri ini sudah cukup memahami pengorbanan seorang ibu...terasa pilu,sayu apabila melihat mak & terasa bersalah benar kerana dulunya tidak dapat melihat semua ini. Alhamdulillah, inilah pengajaran dari Allah untuk hambaNya.
Sejak saat itu hingga ke hari ini...seboleh mungkin diri ini tidak mahu melukakan hati mak & cuba sedaya upaya memenuhi hajat2nya mana yang mampu..tak sanggup lagi melihat air mata mak mengalir . Do'a seorang ibu makbul dengan izin Allah. Janganlah sampai ibu mendo'akan yang tidak baik lantaran perbuatan anak.Diri ini mahu mak ceria selalu & mendo'akan yang baik2 untuk anak2nya.Sebagai ibu,hati ini juga tidak dapat lari dari rasa2 hati dengan anak2..Bila ini berlaku,teringat pada mak & hati ini selalu berkata bahawa orang yang menjadi ibu saja yang lebih memahami hati seorang ibu..

Jawatan sebagai amanah,bukan anugerah

Puas dipujuk hati ini supaya tidak meminta2 jawatan disepanjang berkerjaya...atau dalam apa saja...Walaupun kadang2 hati ini keliru dengan gelagat & tindakan orang lain yang berlumba2 merebut jawatan & pangkat...Diri ini sangat takut jika jawatan /pangkat yang diperolehi menjadi bebanan yang tidak tertanggung. Sudahlah amanah yang sedia ada pun cukup berat untuk dilaksanakan dengan sebaik2nya,ditambah pula dengan yang baru..Semua ini akan dipertanggungjawabkan & akan disoal. Kita mahu soalan yang susah2/ soalan yang mudah?Kita mahu banyak soalan/kurang soalan?.Tidak terlepas walaupun satu...Berapa ramai yang memegang jawatan memikirkan hal ini? Dalam hal ini, ajaran yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah kepada sahabat2 baginda cukup jelas ...baginda menempelak sahabat-sahabat yang meminta jawatan daripada baginda / berkecil hati kerana tidak diberi jawatan. Jawatan akan diberi kepada yang mampu pada pandangan Allah..bak kata orang jika ada rezeki,tak kan kemana...Apabila bersesuaian jawatan dengan orang yang memegangnya, maka terlaksanalah amanah dengan jayanya tetapi sebaliknya berlaku apabila tidak bersesuaian..Maka adakah kita hanya perlu menunggu & berdiam diri?? Kenapa perlu menyiksa diri menunggu? Laksanakan kerja2 yang sedia ada dengan penuh tanggungjawab & yang menilai kita ialah Allah...jika kita mampu,Manusia akan memilih kita dengan ilham daripada Allah.Jika tak terpilih pun...tidak menjadi masalah kerana kita kan terus melaksanakan kerja2 kita...hingga akhir hayat.

Sunday, January 18, 2009

Keberkatan seorang wanita

Dalam satu kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang ustaz kepada pelajar-pelajar perempuan di asrama puteri..
"Keberkatan seorang wanita itu ialah cepat jodohnya,rendah/ringan maharnya dan ramai anaknya".Aku mendengar penuh khusyuk di pagi yang hening tu.Tak ramai rakan2ku yang sanggup awal2 pagi Ahad tu naik ke tingkat 4 asrama untuk mendengar kuliah ini..Hanya beberapa baris saja saf solat subuh tadi.Puas digerak & puas dinasihati tapi keadaan masih belum memuaskan.Aku & rakan lain hanya boleh berusaha tetapi hidayahnya daripada Allah jua...
Kata-kata ustaz di pagi tu menyusuk jiwaku & aku terus berdo'a dalam diam,"Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan wanita yang mendapat keberkatan dariMu.."Aku sudah mula menanam azam untuk memiliki keberkatan itu suatu hari nanti biarpun usiaku tika itu baru mencecah 16 tahun..
Aku yakin betul bahawa jodoh adalah ketentuan Allah tapi aku juga diyakini dengan kalimah "Do'a boleh mengubah takdir/Qadha' & Qadar".Kedua-dua keyakinan ini aku gabungkan untuk terus berdo'a setiap hari agar dipertemukan jodohku dengan lelaki soleh & dipercepatkan jodohku jika itu yang terbaik bagi Allah...Aku paling takut untuk meminta2 suatu yang tidak ku ketahui baik buruknya di kemudian hari...yang mampu kulakukan hanyalah memohon yang terbaik bagi Allah untuk diriku.Siapalah diriku yang mahu itu dan ini sesuka hati...kerana belum tentu yang kita suka,baik di sisi Allah & yang kita benci itu ,buruk di sisi Allah.Jadi alangkah baik & sopannya menyerahkan yang terbaik kepada Allah.
"Ikhlaskan permintaan kepada Allah,InsyaAllah akan Allah kabulkan kepada siapa yang dikehendakinya".Sambung ustaz dalam kalimah akhirah kuliah pagi tu..

Saturday, January 17, 2009

Mangsa hutang orang

"Hari ni banyak orang beli barang di kedai",baba (panggilan untuk ayahku) memulakan bicara malam dengan mak."Ramai yang hutang?',tanya mak."Macam biasalah...barang habis tapi duitnya hanya beberapa sen...",keluh baba."Masalahnya nak beli barang lagi esok terpaksa cari duit lain.."Nada sedih baba kedengaran..Tidak sabar mak menyampuk "Kalau macam ni, susah la...tak bagi hutang,lari ke kedai Cina pulak.." "Tutup aje la kedai ni..." tambah mak.Suasana sepi seketika.Dua insan ligat memikirkan hal bisnes yang memeningkan.
"Kita nak galakkan orang Islam beli di kedai orang Islam..bukan memajukan orang Cina yang mengaut keuntungan berlipat ganda tu.."Jelas baba.Itu matlamat awal baba buka bisnes kedai runcit selepas bersara selain mencari rezeki untuk keluarga.
"Hutang tu tak pa..asalkan bila ada duit atau terima gaji,bayarlah ..macam mereka buat dengan taukeh Cina tu.."Pinta baba. Sambil menanti reaksi mak seterusnya yang mendengar penuh perhatian,baba menuang duit dalam tin hasil jualan hari tu.Bunyi berdering duit syiling beberapa keping sahaja di atas lantai..."Seringgit dua puluh lima sen saja...macamana nak beli barang baru esok?" kata baba kesayuan. Mak tak terkata apa, hanya merenung baba dengan airmata tergenang..memahami sangat kesedihan baba sebagai ketua keluarga yang perlu meneruskan hidup menyara keluarga.Baba pasrah & terus berusaha sambil bertawakkal kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.Baba tidak pernah lupa mendo'akan agar pelanggan2nya diberi kekuatan olehNya untuk menjelaskan hutang mereka.Baba juga minta mak sama2 mendo'akan.
" Di dunia boleh terlepas.."kata baba."..tapi di akhirat nanti, tak lepas..itu yang kesian.."sambung baba ,masih membendung rasa simpati yang mendalam terhadap pelanggan2nya.Itulah baba...tak pandai melenting,jarang marah2..tinggi simpatinya.

**Begitulah suasana perniagaan yang dijalani oleh baba..orang kampung yang sudah ketagih berhutang tapi tidak pernah malu tidak membayar hutang mereka walaupun setiap hari bersua muka dengan orang yang memberi hutang.Hingga akhir hayat babaku,buku hutang yang bertimbun itu tetap mencatatkan hutang yang tidak berbayar oleh pelanggan2 kedainya.Tiada kelapangan rezeki hasil jualan di kedai buat babaku..malah saban hari memikirkan hutang orang yang berhutang dengannya yang tidak luak. Kesian baba..menjadi mangsa hutang orang..