Anak-anak/menantu2 yang dikasihi sekelian,
Ummi tidak banyak berkata-kata untuk mendidik kemahiran mengurus diri dan rumahtangga kepada anak menantu walaupun ummi seorang guru yang kerja utamanya bercakap...Pada awalnya ummi rasa inilah kelemahan ummi dengan anak menantu tetapi...bila direnungkan dalam2, inilah kelebihan ummi yang tak ramai boleh dilakukan oleh ibu/mertua lain.Kata2 kadang2 susah dikawal dan kesannya kepada yang mendengar sukar kita duga..bak kata pepatah " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata,buruk padahnya.."
Ummi selalu berpesan kepada rakan-rakan guru bahawa mendidik melalui contoh teladan itu lebih berkesan daripada bercakap di segi teorinya saja...Banyak contoh yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah yang sampai sekarang menjadi ikutan dan amalan umat baginda..Kita buat apa yang kita katakan atau kita buat apa yang dikatakan baik.. Jadi anak menantu, perhatilah apa yang ummi lakukan sehari-hari di depan mata kalian dan ambillah mana yang baik untuk dicontohi...Pengalaman mengurus diri,rumahtangga dan kerjaya yang telah dan masih ummi lalui hanya akan tinggal sebagai sejarah yang lapuk jika anak menantu tidak mempelajarinya dan cuba menghidupkannya dalam diri dan hidup kalian.
Ummi juga memerhati dan belajar dari orang terdahulu..dari tok nek,tok,mak,mertua dan ramai lagi untuk dapat kemahiran yang pelbagai dan mantap.Begitulah cara orang dahulu belajar...mana ada sangat buku-buku panduan,internet dan sebagainya.Semuanya direct dengan tok guru...Begitu juga imam-imam besar belajar...sanggup tinggal bersama guru dan memerhati apa yang dilakukan oleh gurunya untuk menjadi guru pula....
No comments:
Post a Comment