Thursday, August 20, 2009

Kejayaan tak mengira usia

Baru2 ni pada 17 Ogos 2009, aku menghadiri majlis konvokesyen adik bongsuku di UKM, Bangi bersama suami,emak,ayah,anak kelimaku,adik ipar(isteri adikku) & anak2nya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun kakiku mengalami sedikit kecederaan sehari sebelum ke sana.Segala2nya dengan ketentuan Allah apabila niatku ingin meraikan kejayaan adikku ini. Walaupun menghadapi keperluan kewangan yang agak mendesak pada bulan ini, tapi alhamdulillah niat yang ikhlas dan baik mendapat bantuan Allah.Kelapangan Allah kurniakan tanpa diduga.
Pernah suatu ketika aku memberikan sepenuh galakan untuk adikku menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda demi masa depannya & keluarga.Dengan berat hati adikku menyahut cabaran untuk sambung belajar dan alhamdulillah kini sudah pun tamat dgn. jayanya.Walaupun dengan berbagai kekangan dan kesukaran, jika kesungguhan dan kemahuan tinggi,,,Allah akan anugerahkan kejayaan.Kematangan diri yang dicapai melalui pengalaman hidup telah memudahkan proses pembelajaran yang dulunya mungkin begitu sukar bagi adikku. Tahniah dan syabas adik..Moga banyak manfaatnya ijazah yang kau miliki.kak long bangga dengan kesungguhan yang kau tunjukkan.
Kesimpulannya untuk adik2 pelajar, teruskan pembelajaran anda kerana telah ada banyak contoh di depan mata kita bahawa di usia senja sekalipun ramai yang meraih kejayaan asalkan mahu dan tekun.Tiada erti putus asa dalam kamus seorang yang ingin berjaya.Rancanglah untuk berjaya kerana jika kita gagal merancang untuk berjaya bererti kita merancang untuk gagal.

1 comment:

  1. saLam,,
    betapa berharganya jk orang trsyng mmberi smangat n demikian sebegini rupa..Maybe ada hikmah jk dLu diriku sekadar ingin mnghabiskn sTudy n bukn uTk mnjdi yg trbaek d antra yg trbaek..:l

    ReplyDelete