Thursday, December 16, 2010

Jaulah 2010

Salam kembali semuanya,

Tahun ini 2010 sekali lagi ke luar negara iaitu Mesir.Pilihan tepat dari Allah SWT setelah pilihan sendiri untuk ke US tidak tercapai lantaran Visa yang tak kunjung2 tiba hingga hari ini.Pilihan ke Mesir dibuat setelah tarikh penerbangan sepatutnya ke US berlalu...
Alhamdulillah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik untuk hambaNya.Banyak iktibar & pengalaman diperolehi di bumi anbiya' ini.Ziarah yang begitu bermakna krn dpt bertemu dgn ramai students yang sedang berjuang mengejar ilmu, berkenalan dengan berbagai jenis orang menyahut seruan Allah untuk saling berkenalan (Li ta'arafu).
14 hari di sana penuh dgn aktiviti yang telah dirancang & memperlihatkn kelainan budaya yang ada baik & buruknya jika dibanding dengan budaya kita yang juga punya baik & buruknya...Walau bagaimanapun' hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri', elok lagi negeri sendiri...Rasanya semua orang rasa mcm ni & rasanya tk keterlaluan apa yang dirasa.
Kesibukan di Kaherah, keindahan di Iskandariah,kekukuhan piramid,ketenangan Sungai Nil,kemeriahan Masjid Al-Azhar dengan kelas ilmu yang berbagai, keenakan rasa 'syai' (teh) yang sentiasa menyegarkan dan kekenyangan makan roti arab dan kesempatan merasai kesejukan angin dan ribut pasir akan tetap menjadi kenangan yang sukar dilupakan dan akan terus dirindui....'Jauh perjalanan, luas pengalaman'.Subhanallah.

Sunday, November 14, 2010

Sampai Bila?

Dalam usia 50 tahun terasa keringat & tenaga terhad...kerja & tanggungjawab masih bertimbun...bagaimana untuk merangsang diri?
Suatu hari bila diceritakan sirah Nabi Muhammad s.a.w bahawa baginda menerima wahyu pada usia 40 tahun & baginda mengetuai beberapa peperangan pada usia lima puluhan dan bersama dalam Perang Tabuk pada usia 63 tahun...subhanallah yang mengurniakan kekuatan yang menakjubkan.
Menghayati hal ini, menimbulkan kesedaran & kekuatan untuk terus berkhidmat & bekerja.Menyerah segalanya kepada Allah & mengharap sepenuhnya kepadaNya akan melahirkan kekuatan yang tak mampu difikir oleh akal.Rasulullah s.a.w hingga akhir hayat baginda, tidak pernah pencen dalam kerja2nya,tiada cuti rehat,tiada cuti sakit apalagi sengaja malas2 atau bersenang2 di rumah.
Begitulah contoh yang ditunjukkan...Bila lemah,kembalilah melihat kisah-kisah di dalam sirah yang begitu banyak yang kita kadang2 terlepas pandang.Bagindalah contoh kita...ArRasul qudwatuna...Usia emas untuk menghasilkan kerja2 bernilai emas....

Penggunaan kata 'WAJIB'

Sebagai seorang guru di sebuah sekolah luar bandar yang 100% pelajarnya Melayu sudah tentu punya cabarannya tersendiri. Malas,ponteng kelas dan ponteng sekolah menjadi mainan harian.Bagaimana harus ku betulkan keadaan ini? Guru adalah seorang muaddib yang tidak boleh berhenti menitip adab dalam diri pelajar2nya.
Subhanallah dan alhamdulillah apabila seorang ustazah menggunakan istilah wajib yang ada kelainanya dari biasa..Dari sini kudapat ilham untuk mencuba kepada pelajar2ku yg segelintirnya makin malas walaupun SPM dh tak lama lagi.
"Belajar & menuntut ilmu adalah wajib.Oleh itu datang ke sekolah wajib.Berada dalam kelas & tak ponteng kelas adalah wajib.Buat kerja sekolah wajib. Apa maksud wajib? Maksudnya kalau dibuat dapat pahala tapi kalau tak buat dapat dosa.." Bila hal ini diulang berkali-kali, didapati ada kesannya terhadap sikap pelajar2 ini. Akhir2 ini ramai datang ke sekolah, berada di kelas & bersungguh2 mengulangkaji & menjawab soalan2 yang diberi. Suatu perubahan yang baik.Ku tak perlu lagi bersusah payah di dalam kelas & pembelajaran berjalan lancar...Guru & pelajar senang hati .Kepuasan dicapai bersama.Alhamdulillah atas ilham & pertolongan yang tidak putus2 dariMu.

Tuesday, September 28, 2010

Happy 50th Birthday

Salam semuanya...Dido'akan kalian dplihara Allah selalu,sihat dan sejahtera di mana jua kalian berada.Buat diri ini...alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup udara segar,melihat keindahan alam ,men ikmati kelazatan makanan,mendengar muzik merdu, menyentuh kehalusan kulit cucu2 dan berbicara ceria bersama suami,anak2,keluarga & semua insan yang mengenali diri ini.
Birthday datang lagi...26 September 2010, genap 50 tahun menjalani kehidupan di dunia ini..Sayup2 melihat baki pita kehidupan yang pendek bersisa untuk dilalui...sudah jauh perjalanan rupanya...Apakah bekal yang telah dikaut sepanjang 50 tahun perjalanan itu?Jika 50 tahun tidak cukup...apakah tahun2 yang tersisa masih ada kesempatan menyiap bekal untuk pertemuan yang bakal tiba bila2 masa? Surat jemputan yang telah lama ditulis...cuma belum disampaikan kepada diri ini...
Tiada banyak yang dapat ditinggalkan tapi sekurang2nya kalian sedar bahawa diri ini pernah bersama kalian,bersama berkongsi suka duka dan tentunya antara kita ada pertalian yang erat yang sukar dilupakan...Harapanku biarlah antara kita hanyalah yang baik2 yang disukai Allah yang akan memberatkan timbangan amal baikku dan kalian.Mungkinkah ini birthday terakhirku untuk diingati & disambut?Wallahua'lam.Terima kasih buat semua yang tidak putus2 mengingati
diri ini & birthdayku yang melangkah masuk alam warga emas...Warga yang lebih halus perasaan dan rasa hatinya...lebih sensitif?..mungkin...Itulah yang pernah berlaku pada arwah ibu...cepat terasa hati,mudah tersinggung dan merasa dirinya menyusahkan orang lain...bagaimana diri ini?...Oh..tentunya perlu lebih berhati2, banyak memohon kekuatan & pertolongan Allah dalam menjalani usia emas ini...Ya Rabb, Sesaungguhnya Engkau tidak pernah membiar diri ini keseorangan..

Wednesday, August 25, 2010

Pemergian ibu buat selamanya..

Salam semua...dido'akan semua sihat sejahtera dalam peliharaan Allah.Rasanya lama jugak tak mencoret kisah di laman ini atas kesibukan yang tidak pernah reda dan tanggungjawab yang kian bertambah..
4 Ogos 2010 bersamaan 23 Sya'aban 1431 Hijrah merupakan satu lagi tarikh keramat dalam hidup diri ini.Ibu tersayang (Azizah Shaari) telah kembali ke rahmatullah selepas menderita kanser kolon selama kira-kira 6 bulan selepas operation dijalankan.Walaupun semua yang melihat keadaan sakit ibu menjangkakan pemergian ibu dan diri ini juga redha dengan pemergian ibu, tapi hati ini kadang2 terasa kesunyian yang teramat tanpa ibu di sisi lagi...Semasa hayat ibu,sekurang2nya ada juga tempat mencurah rasa, meminta pandangan, bermanja & menagih kasih sayang....kini segalanya dalam kenangan.Sedih sangat melihat ayah, adik Husaini,Hashimi dan Mahadzir yang terpaksa berdikari dalam segala hal tanpa ibu..Ya, tentunya tidak sama seperti ibu masih ada.Kenyataan yang harus diterima walaupun berat bagi diri2 yang merasa..
Di akhir2 hayat ibu, tak banyak bicara ibu...banyak merenung hari yang bakal dilaluinya dengan pandangan yang redup dan sedih.Hari2 akhir ibu habiskan di wad paliatif kerana itu lebih selesa buat ibu tika itu...Jika diingat wajah dan keadaan diri ibu di hari2 akhirnya...sungguh menyedihkan dan memilukan...Kutabahkan hati kerana sebagai anak sulung yang pernah dibebani dengan pelbagai ujian dan cabaran sejak kematian baba 36 tahun yang lalu telah mematangkan diri ini menghadapi kematian ibu.Semoga ini jalan terbaik buat ibu & meredakan ibu dari penderitaan sakitnya..Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas roh ibuku & masukkannya dalam golongan orang2 yang Kau redhai...Moga redha & jannahMu sebagai balasan buat ibu...

Wednesday, June 9, 2010

Atuk oh atuk

Dalam meniti hari sebagai atuk kpd cucu2 amat membahagiakn.Kegembiraan menerima cucu & anak mempunyai nilainya masing2...Tidak sama tapi tak jauh berbeza.Atuk biasanya mempunyai harapn tersendiri terhadp cucunya tapi hrus diingat bhw nilai & cara atuk ada sedikit perbezaan dgn nilai & cara ibu bapa cucu tersebut. Hal ini perlu difahami & dihormati oleh atuk.Bagi ummituk, apa pun...yg penting kebahagiaan dicapai.Ummi tuk tidak mahu pndai2 membntuk cucu jika ia tidak digemari atau bercanggah dgn cara membentuk & harapan ibu bapanya.Ummtuk adalah atuk di zaman moden & zaman serba canggih...maka seharusnya ummituk perlu lebih terbuka,lebih positif dan lebih memahami.Ini yang sedang ummituk lalui dlm melatih diri ummituk agar anak2 & menantu tidak rasa dikongkong,diganggu & serba tak kena.Ummituk mahu anak menantu senang di rumah ummituk...gmbira untuk pulang ke rumah ummituk dan bebas berbincang apa saja...kita seperti kawan apabila keadaan perlu kita sebagai kawan...Yang penting ummituk menyayangi semuanya....& tk pernah lupa semuanya...Teguran2 ummituk jika keterlaluan buat anak menantu...maaf ummituk pinta.Niat ummituk adalah untuk kebahagiaan , kejayaan & masa depan ank menantu..

Monday, March 15, 2010

Bekalan dulu yang kekal abadi

Salam anak2 & menantu,& cucu, Ummi perlu berkongsi pengalaman ini dgn semua tika hayat umi masih ada buat bekalan & renungan .
Dulu masa remaja ummi, banyk ummi habiskn mencari kebenaran & menimba sebanyk ilmu yg boleh sebelum bergelar isteri, ibu,mertua & atuk.Ummi membiarkn diri ini ditarbiyah sebanyk mungkin agar ummi cukup kuat menghadapi hari muka.Dari kecil ummi seorng yg ceria &tenang wpun hidup ummi tidak sesenang anak2.Ummi banyk berdikari lntarn kematian tok wan yang begitu awal dlm hidup ummi.Apalagi tok yang tidak bekerja & ummi pula anak sulung yg belum cukup menimba ilmu & pengalaman dari seorang bapa.
Keceriaan & ketenangan itu telah banyk menawn hati manusia lain termasuk abah...Mereka tidak pernh tahu kesulitan hidup ini sehingga abah berkhwin dgn ummi.Pendirian ummi mudah...Allah sentiasa bersama ummi jika ummi sentiasa mengingati Allah.Susah senang hanyalah perjalanan sebuah kehidupan.Tarbiyah yg ummi perolehi cukup bermakna bagi ummi sehingga ummi mampu bertahn hingga hari ini.
Anak2, masa muda remaja ini,gunakan masa untuk menjalani trbiyah kerana zaman anak2 menjadi suami,isteri,ibu dan bapa akan lebih mencabr.Dgn hanya solat 5 waktu yg kadang2 cukup & kadang2 tidak, yg kadang2 awal waktu & kadang2 di akhir waktu tidak cukup untuk sabar dgn ujian2 mendatg...ummi risau melihat persiapan anak2...tidak nmpak kesungguhan, & masih kurang kepimpinan.Anak2 ummi juga masih larut dgn keselesaan yg ada.Peningkatn diri amat perlahan dgn cepatnya masa berlalu.Apakah anak2 berharap ummi akn terus bersama anak2 mengikut tempoh masa yg anak2 sendiri letakkn? Hayat ummi di tangn Allah..kesihatan ummi tidak menjamin pnjang hlagi hayat ummi...Apakah anak2 sudh bersedia untuk berdikari?Kadang2
terasa penat menasihati & membetulkan.Ada masa ummi lebih banyk berdiam dr berkata2 lntarn kepenatn...bukn kerana puas hati...Apakh ummi terlu demand dgn anak2..belum soleh/solehahkh anak2 ummi?Suatu pertanyaan yg sentiasa berlegar di minda ummisebenarnya..

Wednesday, March 10, 2010

Yang ditunggu dah tiba

Salam semua..semoga semua sihat dan selamat dalam jagaan Allah.Maafkn ummi krn terlalu lama tidak menjengah ruang ini.Terlalu banyak tugas & tanggungjawb berbanding masa yang ada..Bila yg lebih penting mendatg, maka yg kurg penting terpaksa mengalahSaudaraku sekelian...Tahun demi tahun sejak bergelar isteri,ibu dan mertua, saat ini kunanti2kan iaitu menjadi atuk kepada cucu2...Walaupun sesetengah org takut bergelar atuk lantaran dirasakan umur yg dikatakn tua...tp inilah suatu kematangan & pengalaman yg tidak semua org dapat /sempat melaluinya...Alhamdulillah.Putra Qayyum Asnawi bin Muhammad bin Ismail bin Abdullah lahir pada tanggal 8 MAC 2010 bersamaan 22 Rabiul Awal 1431 H lebih kurang 7 pagi.