Buat anak2ku dan yang bergelar pelajar..
Belajar itu satu jihad...besar anugerah Allah untuk orang2 yang berilmu dan mencari ilmu...Untuk menjadi yang terbaik, salah satu keperluannya ialah ilmu yang tinggi .Belajarlah bersungguh2 kerana kesungguhan itu dituntut oleh Islam. Amat rugi orang yang belajar tetapi bermain2 semasa belajar.Masa belajar yang diamanahkan Allah hendaklah digunakan dengan sebaik2nya kerana ia akan dipersoalkan Allah nanti.Pelajar diamanahkan oleh ibu bapa untuk belajar bersungguh2 & berusaha memenuhi hasrat diri, ibu bapa, agama dan bangsa. Bila rasa lemah, kembali merenung amanah yang dipikul...bayangkan betapa bahagianya berjaya nanti dan bagaimana gembiranya ibu bapa, adik beradik, saudara mara, guru2 dan orang2 tersayang dengan kejayaan kita.
Bila rasa lemah, call dan bercakaplah dengan orang2 yang mengharapkan kejayaan kita...jangan bercakap dengan orang yang ingin melihat kejatuhan dan kegagalan kita.Bila rasa lemah, mengadulah kepada Yang Maha Mengetahui segala masalah dan penyelesaiaanya.Dialah yang Maha memberi..segala kejayaan adalah milikNya dan Dia memberikan kejayaan kepada siapa yang dikehendakiNya.Mohonlah sungguh2 padaNya.Sesekali jangan berputus asa, kecewa dan putus harap kerana semua ini sifat2 orang yang lemah di sisi Allah.Do'aku buat anak2 & pelajar sekelian agar dianugerahkan Allah kejayaan yang diidamkan yang baik disisiNya.Amin.Umi sentiasa menyokong usaha kalian. Ingatlah tika kalian berjaga malam mentela'ah pelajaran, umi sentiasa menemani kalian walaupun di mana kalian berada.tika kalian memerah otak mengingati apa yang ditela'ah untuk ditulis semasa peperiksaan , umi sentiasa bersama kalian.Tika kalian bersengkang mata menatap buku2, umi bersama kalian.Tika kalian menggeletar menghadapi hari2 peperiksaan dan ujian, umi bersama kalian.Kuatkan azam kerana umi sentiasa menanti kepulangan kalian membawa berita gembira buat semua.Umi sayang semuanya.
tenkiu ummi..
ReplyDeleteterharu baca..sob2...;(
insyaAllah..ateh slalu nak hadiahkan kejayaan pada abah ummi..cuma,mungkin usaha x cukup..atau..mungkin Allah sdg mnguji..
mencabar btl bdang perubatan ni..
Doktor tetap kukejar,insya Allah.ameen
DOAKAN KAMI YA..
keredhaan Allah bersama keredhaan ibu bapa..;)
luv u...
btul, btul btul..
ReplyDeletebgitulah yg aLong rasa tika study sorg2 kt KL nu..dgn dikelilingi serba-serbi mahal, Allah anugerahkan semangat serta kekuatan utk segera mnghabiskn study tnpa mengira hal rakan2 yg asyik dibuai suasana di KL..
Trlalu brsyukur pd Tuhan Semesta Alam kerna memudahkn sgalanya..
Dan,
aLong yakin ateh dpt mnjayakan misi di Bandung kelak..Doa penuh dr kami di M'sia~