Friday, March 27, 2009

MAAF ITU MANIS

"Mak long, tengok 'Ilman ni...dia bagi pecah cawan comel mak long..",kata kakak kepada adiknya yang dari tadi mengusik-ngusik cawan hiasan di atas almari tu walaupun dilarang berkali2 oleh kakak.
"Tu dia..tak tau..nanti mak long marah dia..", kakak terus menakut2kan adiknya yang sudah pucat muka & mula nak menangis.Kakak membawa cawan yang pecah tu kepadaku yang sedang memasak di dapur. Belum sempat kukeluarkan sebarang kata, 'Ilman terus menangis & meraung sekuat2nya sambil mengajak kakaknya pulang ke rumah sendiri.Mungkin dirinya rasa terlalu bersalah memecahkan cawan tersebut.
Mendengarkan tangisannya yang mendayu2 ,aku terus berkata," tak apa, mak long tak marah pun...tengok ni, mak long dah buang dalam tong sampah.Jangn menangis lagi, mak long tak marah...", pujukku menenangkannya.Sambil menghampiriku 'Ilman bertanya lagi ," mak long tak marah?" . Betul mak long tak marah ?"
Sambil mengusap kepalanya, aku tersenyum sambil berkata " Ya, mak long betul tak marah...tapi lain kali 'Ilman jgn bagi pecah lagi ye...". Dengan senyum yang sungguh manis dia menjawab, " Ya...lain kali 'Ilman pegang pelan2.Terima kasih mak long.'Ilman minta maaf".
Melihat kesungguhannya meminta maaf & harapannya agar dimaafkan, tergenang air mataku. " Ok, mak long maafkan...". Sambil tersenyum 'Ilman berlari kepada kakaknya yang turut tersenyum. Begitulah seronoknya kita apabila dimaafkan kesalahan kita oleh manusia lain & diampunkan dosa kita oleh Allah. Untuk mengecapi nikmat dimaafkan, maka kita juga perlu banyak memaafkan...kerana dengan memberikan kebahagiaan kepada orang lain, InsyaAllah Allah akan memberi pula kebahagiaan kepada kita.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya " Barangsiapa yang tetap memohon ampun ( beristighfar) kepada Allah, Allah akan melepaskannya dari segala kesukaran dan melapangkan dari segala kesempitan serta memberinya rezeki yang tidak terhitung (tidak terduga)."

2 comments:

  1. salam umi..
    baru jumpa blk blog umi..
    rindu la plak...
    rindu kt ilman jugak..
    baik dia..hehe
    teruskan mnulis umi...
    tulis utk memberi...
    jgn sedih2..n kecewa ats apa yg brlaku..
    ALLAHU MA'ANA..ummi penah pesan kt sy dlu..
    umi kena smangat,baru ateh pun smangat!hehe..dhla nk exm ni...
    tulis 1 artikel motivasi n mknn hati 1 kat sy umi.....huhu
    ummi tulis baik2 tau..nanti nak link kat blog..ramai baca nanti,he;)

    ReplyDelete
  2. Mmg nk jd seorang yg PEMAAF, bukn mudah..tp jika dh berbuat demikian, alangkah indahnya pabila melihat org dimaafkan..dlm hati, wujud rsa damai yg tidak boleh dibeli..

    ini dia lg satu anugerah drpd Allah utk Ummi tercinta~

    ReplyDelete