Friday, July 17, 2009

ISTIQAMAH

Istiqamah...suatu yang mudah dibicarakan tetapi amat berat untuk dilaksanakan.Memulakan suatu yang baik itu sudah berat tapi untuk berterusan mengerjakan yang baik itu lagi berat kecuali bagi orang yang bersungguh2 inginkan yang terbaik di sisi Allah. Merasa amat rugi jika Allah panggil kembali dalam keadaan yang lemah, putus asa dan gagal...
Ya...biar sedikit tapi berterusan daripa buat banyak tapi sekali itulah saja...pertama dan terakhir mungkin...Anggaplah setiap hari ada token untuk dipungut, tidak boleh tinggalkan mana2 hari.Maka tak mungkin hari ini kita melakukan dengan hebat tetapi tinggalkannya pada hari2 mendatang...
Bagaimana untuk beristiqamah?? Antara petua2nya...
1. Berilmu - tidak melakukan sesuatu membuta tuli atau menjadi pak turut yang tak tahu apa tujuannya.
2. Bergaul dan berkawan denga orang2 yang beristiqamah- bukan berkawan dengan orang yang 'hangat2 tahi ayam' ( buat sekejap saja/ada masa).
3. Banyak membaca dan merenung sejara/sirah orang2 yang beristiqamah supaya beroleh kekuatan yang dikongsi dari ceritanya.
4. Banyaklah berdo'a kepada Allah agar dikurniakan istiqamah dan ditanamkan rasa cinta dan nikmat beramal kebaikan kerana Allah.

Wallahua'lam.

Sunday, July 5, 2009

Tugas pelajar ialah belajar

Buat anak2ku dan yang bergelar pelajar..

Belajar itu satu jihad...besar anugerah Allah untuk orang2 yang berilmu dan mencari ilmu...Untuk menjadi yang terbaik, salah satu keperluannya ialah ilmu yang tinggi .Belajarlah bersungguh2 kerana kesungguhan itu dituntut oleh Islam. Amat rugi orang yang belajar tetapi bermain2 semasa belajar.Masa belajar yang diamanahkan Allah hendaklah digunakan dengan sebaik2nya kerana ia akan dipersoalkan Allah nanti.Pelajar diamanahkan oleh ibu bapa untuk belajar bersungguh2 & berusaha memenuhi hasrat diri, ibu bapa, agama dan bangsa. Bila rasa lemah, kembali merenung amanah yang dipikul...bayangkan betapa bahagianya berjaya nanti dan bagaimana gembiranya ibu bapa, adik beradik, saudara mara, guru2 dan orang2 tersayang dengan kejayaan kita.

Bila rasa lemah, call dan bercakaplah dengan orang2 yang mengharapkan kejayaan kita...jangan bercakap dengan orang yang ingin melihat kejatuhan dan kegagalan kita.Bila rasa lemah, mengadulah kepada Yang Maha Mengetahui segala masalah dan penyelesaiaanya.Dialah yang Maha memberi..segala kejayaan adalah milikNya dan Dia memberikan kejayaan kepada siapa yang dikehendakiNya.Mohonlah sungguh2 padaNya.Sesekali jangan berputus asa, kecewa dan putus harap kerana semua ini sifat2 orang yang lemah di sisi Allah.Do'aku buat anak2 & pelajar sekelian agar dianugerahkan Allah kejayaan yang diidamkan yang baik disisiNya.Amin.Umi sentiasa menyokong usaha kalian. Ingatlah tika kalian berjaga malam mentela'ah pelajaran, umi sentiasa menemani kalian walaupun di mana kalian berada.tika kalian memerah otak mengingati apa yang ditela'ah untuk ditulis semasa peperiksaan , umi sentiasa bersama kalian.Tika kalian bersengkang mata menatap buku2, umi bersama kalian.Tika kalian menggeletar menghadapi hari2 peperiksaan dan ujian, umi bersama kalian.Kuatkan azam kerana umi sentiasa menanti kepulangan kalian membawa berita gembira buat semua.Umi sayang semuanya.