Friday, March 27, 2009

MAAF ITU MANIS

"Mak long, tengok 'Ilman ni...dia bagi pecah cawan comel mak long..",kata kakak kepada adiknya yang dari tadi mengusik-ngusik cawan hiasan di atas almari tu walaupun dilarang berkali2 oleh kakak.
"Tu dia..tak tau..nanti mak long marah dia..", kakak terus menakut2kan adiknya yang sudah pucat muka & mula nak menangis.Kakak membawa cawan yang pecah tu kepadaku yang sedang memasak di dapur. Belum sempat kukeluarkan sebarang kata, 'Ilman terus menangis & meraung sekuat2nya sambil mengajak kakaknya pulang ke rumah sendiri.Mungkin dirinya rasa terlalu bersalah memecahkan cawan tersebut.
Mendengarkan tangisannya yang mendayu2 ,aku terus berkata," tak apa, mak long tak marah pun...tengok ni, mak long dah buang dalam tong sampah.Jangn menangis lagi, mak long tak marah...", pujukku menenangkannya.Sambil menghampiriku 'Ilman bertanya lagi ," mak long tak marah?" . Betul mak long tak marah ?"
Sambil mengusap kepalanya, aku tersenyum sambil berkata " Ya, mak long betul tak marah...tapi lain kali 'Ilman jgn bagi pecah lagi ye...". Dengan senyum yang sungguh manis dia menjawab, " Ya...lain kali 'Ilman pegang pelan2.Terima kasih mak long.'Ilman minta maaf".
Melihat kesungguhannya meminta maaf & harapannya agar dimaafkan, tergenang air mataku. " Ok, mak long maafkan...". Sambil tersenyum 'Ilman berlari kepada kakaknya yang turut tersenyum. Begitulah seronoknya kita apabila dimaafkan kesalahan kita oleh manusia lain & diampunkan dosa kita oleh Allah. Untuk mengecapi nikmat dimaafkan, maka kita juga perlu banyak memaafkan...kerana dengan memberikan kebahagiaan kepada orang lain, InsyaAllah Allah akan memberi pula kebahagiaan kepada kita.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya " Barangsiapa yang tetap memohon ampun ( beristighfar) kepada Allah, Allah akan melepaskannya dari segala kesukaran dan melapangkan dari segala kesempitan serta memberinya rezeki yang tidak terhitung (tidak terduga)."

Monday, March 23, 2009

Tugas guru vs. ibu bapa

Pagi kelmarin kami ( diriku & suami) bertandang ke pasar yang agak lama juga tak ke sana...dgn. tujuan nk beli ikan,ayam & sayur. Kami bercadang nk makan tengahari bersama anak2 hari ni kerana jarang dpt berkumpul ramai2 seperti ini..'Untuk puas makan, elok masak sendiri', cadangku kpd suami yang mengangguk setuju.
Semasa membeli sayur, ku terdengar dialog ini antara seorang ibu dgn penjual sayur tersebut." Lega sikit sebab esok dh buka sekolah balik. Tak larat masak makan & layan budak2 tu kat rumah. Biar cikgu depa jaga pulak..". Penjual sayur menyampuk " Memang betul, kita berjual kat pasar...bila balik rumah depa baru bangun tidur & lapar nak makan.Kita jugak yang siap makan minum depa..penat sungguh."
Sebagai seorang guru,sedih bila dengar dialog sebegini dari ibu bapa. Mengapa ibu bapa kini tak sanggup berlama dengan anak2 mereka? Mereka tidak mengambil peluang menyayangi sepenuhnya anak2 & anak2 pula tak diberi peluang menyayangi ibu bapa mereka. Menjaga & membela anak2 menjadi beban kepada ibu bapa....Mereka tidak tahu bahawa guru2 lagi la terbeban dengan pelbagai ragam anak mereka yang makin hari makin mencabar kesabaran guru. Ibu bapa hanya perlu menjaga beberapa orang anak sahaja sedangkan seorang guru perlu menjaga & mendidik bilangan murid yang jauh berkali ganda ramai daripada tanggungan ibu bapa. Ibu bapa sudah tidak sanggup anak mereka berlama di rumah & mereka lebih suka apabila orang lain menjaga anak2 mereka ( ibu bapa yang kurang berduit menswastakan penjagaan anak2 mereka).. Sedih kan? Diriku yang juga seorang ibu tidak sabar menunggu anak2 bercuti untuk bersama2 dengan mereka...terasa meriah rumah dengan kehadiran mereka & sedih apabila mereka terpaksa pulang ke tempat pengajian masing2...
Apabila kasih sayang & tugas ibu bapa dan guru tidak sepakat, maka lahirlah generasi muda seperti yang ada pada hari ini. Ibu bapa sibuk mencari rezeki siang malam tetapi kebajikan anak2 terbiar. Untuk apa rezeki yang dicari tadi? Sedarlah wahai ibu bapa bahawa anak2 soleh/solehah adalah saham terbesar kita & merupakan amanah drp Allah yang akan dipersoalkan nanti oleh Allah. Bekerjasamalah dan bersatulah dengan guru2 untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berguna di dunia & akhirat. Pelbagai masalah hidup dihadapi anak remaja hari ini yang memerlukan perhatian ibu bapa. Lepas tangan bererti kita menempah kejatuhan & kemusnahan generasi pemimpin akan datang. Hentikan kerosakan ini & kembalilah merenung tugas berat ini yang agak lama diabaikan...Risau dengan pelbagai kerenah remaja kini yang menjurus kepada buruknya imej Islam yang dibawa...Islam yang syumul,lengkap & indah telah dinodai...makin hari makin teruk...bersatulah wahai guru & ibu bapa.Di rumah ibu bapa juga bertindak sebagai guru kepada anak2, mendidik ilmu,kemahiran & adab kepada mereka. Di sekolah pula, guru2 juga bertindak sebagai ibu bapa kepada murid2nya,menjaga keselamatan & mengusahakan kejayaan mereka...InsyaAllah, moga kegemilangan akan dapat dikembalikan.Sama2lah kita mendo'akan.

Thursday, March 19, 2009

Siapa yang MENANG?



Berbagai helah dan usaha manusia lakukan untuk MENANG di dunia ini. Ada yang menang dgn usaha murni , ada pula yang menang dgn mengalahkan orang lain secara zalim & ada pula yang menang tanpa apa2 usaha...'menang tanpa bertanding'.

Apa pun kiemenangan yang dicari, ingatlah firman Allah dlm surah al-Mukminun bahawa di kalangan orang beriman juga ada yang menang dan ada yang kalah.Ada pun golongan orang beriman yang menang ialah :
  • orang yang khusyuk dlm. sembahyangnya dan memelihara semabahyangnya.
  • mereka yang berpaling dari perkataan yang tidak berguna.
  • orang yang mengeluarkan zakat.
  • orang yang menjaga kehormatannya.
  • mereka yang memelihara amanah dan menepati janji.

Renung2kanlah apa yang kita kejar,apa yang kita perolehi & apa yang Allah kehendaki supaya kita tergolong dalam orang beriman yang MENANG.

Surah as-Saf

Alhamdulillah hari ini saya dapat menghafal 4 ayat pertama dari suraf as-saf dengan agak susah payah.Dalam kekalutan dan keserabutan fikiran dengan pelbagai urusan & ujian agak sukar memberi fokus untuk menghafal. Terasa benar di umur yang agak senja ini, agak lambat untuk menghafal..daya hafalan merosot sikit dibanding zaman muda2 dulu.Itulah fitrah kejadian manusia.Walaupun begitu kekuatan akal ini perlu dicabar terus2an kerana kalau dibiar akan bertambah bekulah ia...Apa pun usaha murni mesti diteruskan hingga diri bertemu dengan Allah SWT.Ya Allah, bantulah aku dalam mencari ketenangan di sisiMu..merasa cukup dengan kasihMu...memanfaatkan deria pemberianMu untuk suatu yang lebih Kau redhai.
Dalam surah ini jelas Allah menempelak orang2 yang BERIMAN yang mengatakan apa yang tidak diperbuatnya.Istilah sekarang 'cakap tak serupa bikin'. Allah amat membenci golongan seperti ini.Kebencian siapakah yang paling ditakuti selain kebencian ALLAH? Di manakah hendak diletak diri ini jika Allah membenci kita sedangkan kita hanya menumpang berpijak di bumi Allah & berbumbungkan langit Allah.Makan-minum kita pun disediakan oleh Allah sehingga untuk menggerakkan satu jari atau mengelip mata sekalipun diberi kuasa oleh Allah. Marilah kita sama2 berdo'a moga tidak termasuk dalam ahli petah berbicara tapi miskin amalnya, dijuhkan dari golongan yang sedap menasihati orang lain tapi melupakan dirinya sendiri.Na'uzubiLlah.

Tuesday, March 17, 2009

Tetap mengharap

"Ya Allah, Mudahkanlah & jangan sukarkan..Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan".
Segala2nya mula terbongkar sedikit demi sedikit...Apa yang dikatakan rahsia itu akhirnya sudah tidak menjadi rahsia lagi...Itulah manusia yang dikatakan begitu lemah & pelupa.Tidak larat menyimpan rahsia & suka sangat jika rahsia terbongkar tanpa memikirkan kesan & akibat orang yang menanggungnya..Ya Rabb, siapa lagi yang boleh kupercayai selainMu? Tiada lagikah sahabat sejati?Apa kesannya kepada kita yang beramanah? Bukankah tabiat manusia sekeliling akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita? Bai'ah solehah diperlukan dalam memupuk iman..Aku sedaya mungkin tidak mahu terpengaruh & cuba berdiam diri tetapi apabila keadaan sudah melampau...apa lagi yang boleh kulakukan ya Rabb...Yang Maha mengetahui segala rahsia yang tersembunyi.

Hari demi hari kulalui hidup ini dengan penuh pengharapan mendapat pembelaanMu. Diketika ku merasakan tiada makhlukNya yang dapat dipercayai lagi...ku kembalikan diri ini sepenuhnya kepadaMu.Ampunilah daku jika banyak menimbulkan kemurkaanMu tapi bukan itu yang kumahukan...Aku terlalu sayangkan iman yang telah Kau anugerahkan ya Rabb.Kasihanilah diri ku & bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai.Jangan dilepaskan ku sendirian walau sekelip mata kerana ku tahu diri akn jatuh lemah tanpa bantuanMu.

Friday, March 6, 2009

Mungkinkah terlalu baik ?

'Keturunan kita ni memang macam tu...terlalu kesian & baik kat orang..Kita selalu tak tergamak nak buat macam orang lain buat...Tapi baik kita ni, orang suka ambil peluang menyakiti & menzalimi hati & perasan kita'. Orang selalu kata ' dia tu ok...dia faham..'Sewenang-wenang perasaan kita disisihkan & tidak dihiraukan.Kenapa begitu? Apalah guna 'baik' bagi mereka? Untuk digunakan/dipermainkan/mudah2 ditipu..? Hati ini juga tahu perancangan & niat jahat mereka tapi lebih suka menyerahkannya kepada Allah untuk menyedarkan mereka...& pura2 buat tak tahu apa kerana ku khuatiri tindakanku akan menimbulkan kemurkaan Allah...Mereka bersenang hati kerana sangka mereka diri ini tak tahu apa2...mustahil Allah membiarkan aku diperbodohkan begitu saja.Segala2nya ku ketahui daripada ilham yang Allah berikan kepadaku & setiap kali ilham itu kuperolehi, pasti terbongkar perancangan jahat mereka...Aku bersyukur sangat kerana akhirnya perancangan jahat itu kuketahui juga... Ya Rabb, teruskan bantuanMu buatku..