Sunday, February 22, 2009

Enjit-enjit semut..

Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas...enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas. Kata-kata ini diulang2 dalam permainan enjit2 semut. Cukup popular perminan ini suatu ketika dulu apabila diriku di zaman kanak2. Bila sudah lewat dewasa sebegini, bila kurenung kembali permainan ini, tampak jelas bahawa tika seseorang kesakitan lantaran perbuatan orang lain ke atasnya, maka dia akan bangun suatu tika untuk membalas dendam pad orang lain pulak..Itu yang dpt kulihat dari permainan ini. Mungkin lain orang lain pula tafsirannya. Keadaan sakit-menyakiti ini akan berterusan sehingga permainan ini ditamatkan sendiri oleh pemain2nya...sampai mati?/sampai kiamat? Beginikah apa yang sedang berlaku di pentas dunia sekarang? Manusia akan membalas kesakitan yang pernah dialaminya akibat perbuatan orang lain ke atasnya kepada orang lain yang tidak dikenalinya, yang tidak bersalah padanya, yang tidak berdosa padanya atau saudaranya yang tidak pernah menyakitinya atau rakan karibnya sendiri? Inikah kepuasan yang dicari? Seronokkah kepuasan ini? Bertahankah keseronokan ini? Tentu tidak kerana jika diimbas ketika main dulu pun aku cepat merasa bosan dan tidak seronok main lama2 permainan ini...Itupun hanya memenuhi ajakan kawan ketika itu..tapi kalau diajak lagi kini...ah membuang masa saja...banyak lagi permainan lain yang lebih bermanfaat. Moga diri ini tidak mencari kebahagiaan dengan menyakiti orang lain...Ya Rabb, janganlah aku disakiti dan jangan pula aku menyakiti...

Friday, February 20, 2009

Ke mana perginya semua itu?


Dahulu ku sentiasa ditemani tapi kini kadang2 ku dibiar sendiri.

Dahulu banyak masa ku dibelai tapi kini ada masa ku dibelai.

Dahulu jarang ku dikerasi tapi kini ku dikerasi bila ada peluang.

Dahulu tiada jemu atau bosan diluahkan tapi kini ada tika meluahkan bosan padaku.

Dahulu jarang ku ditengking tapi kini pantang silap ku ditengking.

Dahulu telefon berdering hanya untukku tapi kini belum tentu untukku.

Dahulu jarang kumenangis kerananya tapi kini kerap tumpah air mataku kerananya.

Dahulu kucukup gembira kembali ke rumah tapi kini ada masa ku rasa resah di rumah sendiri.

Dahulu kulihat langit terang bercahaya tapi kini ada kala langit redup berawan hitam.

Dahulu jiwaku seteguh besi tapi kini kadang2 lemah bak besi dilebur.

Dahulu hanya aku yang dicintai tapi kini ada yang lain selain diriku... Kenapa ada perbezaan ini dan kenapa berlaku semua ini?

Thursday, February 19, 2009

Air mata tumpah ke mana?

Amatlah ruginya air mata yang dikurniakan Allah kepada wanita sebagai senjata ditumpahkan pada tempat yang tidak sepatutnya. Tetapi apa kan daya..itulah namanya wanita. Begitu cepat menangis apabila berlaku peristiwa2 yang menyentuh hati wanitanya. Sebak di dada berkurang / hilang apabila ditumpahkan air mata itu...jika ia berterusan...akan melemahkan jiwa & terlalu bergantung kepada kasih sesama manusia. Ini adalah suatu kelemahan.
Untuk melatih hati menjadi berterusan cekal , memerlukan suasana yang baik dan sokongan orang sekeliling kita terutama orang yang kita kasihi dan rapat dengan kita. Ramai wanita menangis kerana berkaitan kasih manusia yang dikurniakan Allah kepadanya. Jika kita fikirkan, kenapa perlu menagih kasih manusia yang terlalu sedikit berbanding kasih Allah yang terlalu luas. Inilah kelemahan makhluk bernama manusia. Dengan menangis seseorang akan dapat mengurangkan tekanan perasaannya & melegakan keharuan yang melanda. Apa yang perlu direnung & dibaiki ialah kenapa menangis & kepada siapa kita menangis. Ya Rabb, bantulah hambaMu yang masih lemah ini agar tangisannya juga adalah dengan kehendakMu. Aku tidak mahu lagi merugikan air mata ini untuk suatu yang amat remeh...Kasihanilah diriku..

Saturday, February 14, 2009

Susahkah menjadi isteri solehah?

"Sebaik2 perhiasan dunia ialah isteri yang solehah". Kata2 ini menjadi perangsang buat diri ini untuk mencari,mengejar dan memiliki ciri2 wanita solehah. Aku ingin sekali melayakkan diri sebagai perhiasan dunia yang dikatakan itu & menjadi salah seorang penghuni syurga Allah.Kekuatan demi kekuatan kupohon ke hadrat Allah agar jika ada kelemahan,diperbetulkanNya,jika ada kesilapan, diampunkanNya & jika aku menyimpang dari jalanNya,dikembalikan ke jalan yang benar.Aku mentela'ah buku-buku yang menjurus ke arah pembentukan wanita solihah & berjihad melawan kehendak2 diri yang melambatkan natijah ini.Alhamdulillah satu fasa berlalu...
Cabaran paling besar kuhadapi dalam meneruskan hasrat ini ialah di fasa menjadi seorang isteri.Untuk memiliki ciri2 isteri solihah terlalu banyak dugaanNya. Ada ketika ia melemahkan,melekakan & mengecewakan. Banyak tanggungjawab yang perlu dipenuhi sebaik2nya & menuntut setinggi2 ketabahan dan kesabaran...Cabaran dari dalam rumahtangga & luaran kadang2 dirasai membebankan jiwa. bagi yang tidak kisah solihah atau tidak,mungkin tidak menjadi masalah baginya...jalankan saja tanggungjawab setakat yang mampu & mudah...tetapi apabila isteri solihah yang dihajati,terasa bukan mudah..patutlah apabila dilihat sirah, didapati wanita2 solihah di zaman Rasulullah hidup dengan bersusah payah semata2 untuk mengejar status ini.Kesenangan dunia,kesenangan diri terpaksa diteliti agar tidak mengganggu perjalanan ke arah menjadi isteri solihah.Setelah kurenung & kurenung...sebenarnya diri ini masih terlalu jauh dari apa yang ingin dicapai..Ya Rabb, bantulah daku dalam meletakkan diri ini disisiMu...

Sunday, February 8, 2009

Kuatkan kesabaranku

"Jika kita meminta kesabaran,Allah akan memberikan ujian & kepayahan dalam hidup untuk kita lalui".
Aku masih ingat kata2 ini yang ditulis asalnya dalam bahasa Inggeris. Benar sekali...setiap kali dalam do'aku, tidak akan kutinggalkan permintaan agar dikuatkan kesabaranku selain iman dan taqwa kepada Allah sejak aku pandai berdo'a.Permintaan ini sudah sebati dan akan lahir dgn spontan dalam setiap doaku. Sejak itu jugalah aku menerima ujian demi ujian dalam hidup yang menguji sejauh mana kesabaranku. Makin lama makin berat ujian yang diterima & pernah suatu masa aku hampir tergolong dalam golongan hambaNya yang berputus asa & kecewa. Timbul rasa bahawa Allah sengaja menyiksaku.
Alhamdulillah aku disedarkan olehNya bahawa ini adalah untuk memenuhi permintaanku selama ini iaitu melayakkan diriku bersama golongan as-sabirin ( orang-orang yang sabar). Jika aku menarik diri dari ujian2 Allah, pasti aku tidak akan menikmati kesabaran itu...& bermakna itu berjanggah dgn apa yg kupinta...Seperti seorang pelajar yang bercita2 untuk belajar di universiti tapi tak sanggup menghadapi peperiksaan UPSR , PMR dan SPM. Sudah tentu hasratnya akan kecundang. Jika diteliti, di alam persekolahan pun , makin sukar aras peperiksaannya jika kita ingin meraih kejayaan di dunia .Inikan pula untuk mendapat kejayaan di dunia & akhirat. Bila diingatkan hal ini, jiwaku menjadi kuat semula & terus bersemangat melalui segala ujian hidup. Kucuba memikirkan nikmat kesabaran yang bakal dikecapi melebihi sakitnya ujian yang dilalui. Betapa nikmatnya bila memperolehi pekerjaan & mendapat gaji yang mencukupi selepas berjaya dalam semua kepayahan semasa belajar...Betapa gembiranya seorang ibu yang selamat melahirkan bayinya selepas bersusah payah mengandungkannya...Suatu nikmat yang tidak terucap...& terlalu manis bagi yang melaluinya..
" Selepas kepayahan, ada kesenangan ".
Maksud firman Allah ini sentiasa berkumandang di telingaku dan memenuhi jiwaku.
Aku yakin sungguh2 bahawa ujian yang berat untuk hamba yang kuat & mampu kerana aku amat yakin dgn janji Allah bahawa Allah tidak akan memberati hambaNya dengan sesuatu yang ia tidak mampu menanggungnya. Hal ini menambahkan kekuatanku untuk teruskan kehidupan ini. Bila ditimpa ujian & musibah, aku cuba rasakan bahawa Allah sedang melihatku & tidak meninggalkanku sendirian...Bahagianya sentiasa dalam perhatian Allah dan dekat dengan Allah.
" Ya Rabb, kuatkan iman & taqwaku,tingkatkan kesabaranku dan kurniakanlah kebaikan kepadaku di dunia & di akhirat". Amin ya Rabbal 'alamin

Wednesday, February 4, 2009

Ujian azam baru

'Kali ni kita pergi awal ke stesen bas tau.Tak mau lambat2 lagi macam selalu'.Pesan saya kepada anak keempat saya,Adah.
'Ummi akan balik lebih kurang jam 10 pagi hantar Adah tau...siap awal , ummi tak nak bergegas macam selalu,boleh pengsan pecut kereta'. Sambung saya sebelum pergi kerja pagi tu.
'Ok,ok...saya pun suka awal2..', kata Adah.
Jadi hari tu kiranya pertama kali kami sampai awal di stesen bas iaitu 20 minit awal. Adah akan pulang ke Seremban. Tunggulah kami dua beranak bersama beberapa orang penumpang lain. Setengah jam berlalu.Belum ada pun bas yang ditunggu.Bila ditanya di kaunter tiket bas tersebut, mereka menjawab ' dalam perjalanan'.
Masa terus berlalu dan kini sudah satu setengah jam kami menunggu.
'Bila kita ada azam baru datang awal, bas pulak buat lambat2...lain kali datang lewat macam biasalah.. Biar syarikat bas tu telefon kita,bila kita datang dah confirm bas ada..' Kata saya kepada Adah menanti reaksi daripadanya.
'Eh mana boleh macam tu ummi. Azam datang awal ni bagus la...releks sikit.Apa pun bila nak ubah jadi lebih baik mesti ada ujiannya..' Ceramah Adah sungguh2 pada saya.
'Bagus la anak ummi ni... Saja ummi nak tengok apa Adah kata'.
Memang benar, setiap perubahan kepada yang lebih baik pasti ada ujiannya. Jika kita bertahan dan bersabar terus dengan ujian ini, InsyaAllah kita akan berjaya. Jadi kami pun terus bersabar menunggu bas yang dihajati itu kerana tiket dah dibeli...Setelah jemu menunggu lebih kurang 2 jam, barulah datang bas tersebut dengan alasan2 lewat yang menyebelahi syarikat bas.Sebagai penumpang, kami tak mahu lagi bertekak tapi dalam diam2 kami sepakat ' lain kali tak payah beli tiket syarikat bas ni lagi..' Selepas menyimpan beg di tempat simpan beg,Adah pun bersalam dengan saya dan terus melangkah naik bas. Adah melambai tangannya kepada saya apabila bas mula bergerak meninggalkan stesen bas. Dengan membalas lambaian Adah, saya berdo'a semoga Adah selamat sampai ke destinasinya,amin.