Sunday, October 23, 2011

Baitul Muslim Qudwah (Contoh)


Program Daurah bertajuk "Baitul Muslim (BM) Qudwah Dakwah Ilallah" sangat memberi kesan untuk mengimbau kembali secara lebih teliti apa yang berlaku dalam rumahtanggaku..Melihat semula cirip-ciri BM yang dikehendaki oleh Islam dan tanggungjawab dakwah dalam rumahtangga yang masih belum beres...Sebenarnya benar bagai dikata iaitu mad'u dalam rumahtangga tidak boleh diabaikan atas alasan sibuk dengan dakwah luar.."Quu anfusakum waahlikum naara".
Dalam keghairahan melaksanakan tanggungjawab dakwah kita saling keliru dengan anggapan dakwah untuk yang di luar....kerana itu banyak rumahtangga para da'i menjadi fitnah dan hambatan pada kejayaan dakwah yang dijalankan kerana masyarakat memandang diri da'i dan apa yang dimiliki da'i termasuklah rumahtangganya (penghuni2nya & apa yang ada di dalamnya).
Paling minima...anak2 & ahli dalam rumahtangga menghormati fikrah da'i dan paling baik semua ahli dalam rumahtangga bersama2 bekerja untuk dakwah Ilallah...Rumahtangga Muslim Qudwah tidak boleh membiarkan maksiat kepada Allah menular, malah dipenuhi dengan amal-amal Qawi yang mendekatkan diri dengan Allah kerana dari Baitul Muslim inilah akan menjana masyarakat Islam...Kepincangan di peringkat rumahtangga akan mencacatkan mesyarakat yang dilahirkan...."Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal tentang yang dipimpinnya".
Pasangan (suami/isteri) adalah penyokong dan pendokong dakwah...anak2 pula sebagai pewaris kerja-kerja dakwah kita...Dapatkah kita pastikan hal ini? Jika tidak...Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dakwah ini?BM bukan sekadar membincangkan nikah kahwin tapi apa yang berlaku selepas perkahwinan itu yang lebih penting...