Sunday, October 25, 2009

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ummi berbicara di sini.Do'a ummi semuanya sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Anak2 & menantu2 dan muslimin muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah. Tajuk ummi kali ni bombastik sikit.Bukan nak cari glamour tapi rasa perlunya ummi berbicara semula tajuk ini untuk peringatan ummi dan kalian semua.
Jika diteliti peribahasa di atas, bukan dalam kerja2 baik saja ia diamalkan tapi lebih bahaya jika diamalkan untuk kerja2 yang dibenci dan dikutuk Allah.Bagi kita, insyaAllah ummi yakin anak2 & menantu ummi jelas kita 'fight & strive' ke arah yang lebih baik dan terbaik.Hari ini lebih baik dari kelmarin dan esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari apabila kita menjalani kehidupan dan malam untuk tidur menanti esok, jgn lupa berazam dan berharap untuk terus hidup lebih baik esok jika ditakdirkan panjang umur kita. Ini amat penting anak2 kerana iman kita sentiasa turun naik tak kira peringkat umur dan siapa. Baik atau solehnya sesuatu keluarga ialah apabila semua ahlinya tanpa terkecuali seorang pun sentiasa berada dalam keadaan baik/soleh. Jika ada seorang saja yang tidak beres, ia akan mencemarkan imej keluarga di sisi Allah dan ummi takut 'title' keluarga Muslim/mithali hanyalah angan2 saja.Umur ummi dah hampir ke penghujung jalan tapi ummi belum boleh mengharapkan anak2 & menantu yang akan ditinggalkan yang akan mewarisi kegemilangan keluarga ini.
Anak2 (termasuk menantu...) yang ummi kasihi.Ummi yakin, anak2 takkan terbalas budi ummi mengandung, melahirkan dan berjaga malam kerana anak2 & ummi pun tak pernah fikir tntang balasan itu daripada anak2 tapi ummi terkilan apabila wawasan keluarga yang sama2 ummi lakarkan bersama abah diambil ringan oleh anak2.
Pertamanya tentang solat 5 waktu.Ummi belum mampu berbicara tentang solat2 sunat kerana yang wajib pun masik berterabur. Nak rotan/pukul dan melewati usia itu.Nak berleter, ummi takut anak2 jemu mendengar,nak marah ummi bimbang anak2 membenci ummi walaupun untuk suatu yang Allah tuntut kerana ummi masih yakin ada cara yang lebih hikmah untuk menegur anak2.Kembalikan kecemerlangan diri di hadapan Allah seperti yang pernah anak2 ummi lakukan dulu.Jika ada kekurangan ummi & abah dalam memdidik , maafkan kami dan jangan jadikan alasan untuk anak2 bertindak ke arah suatu yang menjauhkan anak2 dari kecintaan Allah apalagi dibenci olehNya. Pelihara semula solat 5 waktu anak2 & bagi Along & angah yang dah bergelar suami, menjadi tanggungjawab yang wajib dilaksanakan agar isteri memelihara solat 5 waktunya. Suami bertanggungjawab jika isteri melalaikannya apalagi sengaja meninggalkannya.Itulah amanah sebagai suami. Nanti dah ada anak, lebih berat lagi tanggungjawab memastikan pula anak2 menjalankan kewajipan ini sebaik mungkin.Bagi yang masih 'single', perkemaskan diri sebagai bakal bergelar suami/isteri soleh/ah nanti. Ingat bahawa iman bukan suatu yang boleh diwarisi tanpa diri sendiri mencarinya dan mencintainya.Jaga solat 5 waktu.Dalam usia setua ini, ummi ingin lihat anak2 & menantu beres hal ini.Ummi pun dok perbaiki sana-sini kerana adakala ummi juga cuai melengahkan solat walaupun tak sampai meninggalkannya.
Kedua tentang aurat dan kewajipan menutup aurat.Ummi masih belum berpuas hati dengan penutupan aurat asas yang dituntut ke atas anak2. Ummi tak minta lebih2 tapi minima yang Allah kehendaki. Pakailah pakaian yang sesuai dengan kehendak Islam, bukan yang sesuai dengan kesukaan kita sahaja.Kita sepatutnya tak boleh rasa selesa dengan pakaian yang mendedahkan aurat atau yang tidak menutup aurat sepenuhnya. Rasa benci pada pakaian begitu.Buang rasa berat & rimas dengan pakaian Islam.Ummi harap perkara ini tidak berterusan dalam keluarga ini kerana ummi takuti banyak lagi cabaran yang Allah akan uji kita kerana ' cakap kita yang tak serupa bikin'.Along & angah mesti pastikan isteri menutup aurat dengan sempurna serta wajib menyediakan pakaian yang diperlukan.Wajib pula menghalang pakaian yang tidak menutup aurat kecuali pada ketika yang dibenarkan Islam.InsyaAllah ummi akan sambung lagi amanat untuk keluarga ini.

Friday, October 9, 2009

Di Persimpangan

Sobahan nur...Beratus kali dalam hidup, kita menghadapi keadaan 'di persimpangan'. Kita menjadi tidak keruan untuk memilih mana yang terbaik / lebih baik. Apabila menghadapi situasi begini, apa yang menjadi juruukur kita? Yang ada iman sudah tentu berpandukan imannya.Yang 'educated' menggunakan degreenya atau merujuk kaunselornya atau dari pembacaannya.Berapa kali kita solat istikharah, solat hajat untuk memohon petunjuk & kejayaan? Sebagai manusia biasa, tidak kira peringkat umur dan kategori apa....biasakanlah amalan ini agar apa yang kita putuskan mendapat keredhaan Allah. Jika itu suatu yang Allah redha...apa yang berlaku kemudiannya, kita akan dapat terima dengan hati yang terbuka. Didiklah diri merasa cukup dan puas dengan kehendak Allah, dengan kasih sayang Allah, dengan nikmat Allah kerana semua ini tidak pernah berkurang pada Allah. Selagi Allah mengasihi kita, InsyaAllah tiada sutu mudarat akan Allah biar berlaku pada diri kita. Hikmah di sebalik semua yang Allah takdirkan ke atas diri kita akan terserlah...cuma cepat atau lambat sahaja.. Hanya satu pujukan dan saranan...BERSABARLAH...buat adik2 pelajar.buat suami2 & isteri2 soleh(ah),buat bapa2 & ibu2 mithali, buat muslimin & muslimat. Buat Along, Ju, Muhd. & Ina...bersabar menjalani kehidupan berumahtangga & alam bekerja.Buat Asmaa' bersabarlah menghadapi kerenah kerjaya & orang bawahan. Buat Sa'adah, Aiman, Mustafa & Hasan..bersabarlah sebagai pelajar yang ingin berjaya di dunia & akhirat. Tak lupa buat abah & ummi dan semuanya...bersabarlah dengan muslihat dunia, nafsu, syaitan dan tenteranya. Do the best for the best.