'Belajarlah bawa kereta..tak payah tunggu lama2 suami dtg ambik.Kesian kami tengok sampai terlena tunggu suami',kata seorang dari kawan sekolahku kepada guru perempuan itu tumpang simpati terhadap dirinya.Tiada respons.
' Kalau tak berani bawa, beli kereta kecil dulu & ambik yang auto punya. Cuma sebelah kaki saja perlu guna', cadang kawanku itu lagi menanti respons guru itu.
'Kenapa kalut2 ( sibuk2) sangat pasal saya?' tempelaknya kepada kami.
' Suami saya sayang saya, sebab tu dia sanggup hantar & ambik saya'., katanya lagi . ' Hampa(kamu) semua suami tak sayang, kena buat sendiri semua..kesian...Suami yang goyang kaki dan pi mana pun tak tau'sambungnya berdesing kedengaran ke telinga kami. Ingatkan dah habis tempelaknnya...rupanya ada lagi...' Suami ni bukan boleh biar depa releks banyak2...panjang akal depa nanti...biar depa susah hantar ambik kita & anak2 macam saya ni.. 'sambungnya sambil menjeling tajam kepada kami.Sambil berundur diri darinya, sebulat suara kami berkata ' Ya la...suami kami tak sayang kami..' Sedih dikata begitu olehnya.
Selang tak berapa lama, suaminya jatuh sakit & doktor menasihati suaminya berehat & dilarang memandu serta diberi cuti seminggu. Ketika ini kelam kabut jadinya guru ini meminta bantuan saudara mara menghantar & mengambil anak dari sekolah & dia sendiri terpaksa bercuti juga selama seminggu. Bila ada kawan menelefonnya, dia menjawab ' susah juga tak tau bawa kereta ni...nak bawa suami ke hospital pun terpaksa minta tolong orang'.Sekarang dia yang sayang suami...tak dapat datang bekerja lantaran jaga suami di rumah...pasti hadapi tekanan bila kena buat kerja2 yang biasanya suami yang buat sebelum ini...tapi apa yang boleh kami buat? Kan itu pilihannya sendiri...Kami tetap tumpang bersimpati padanya & berharap akan ada perubahan selepas ini.